Monday, May 31, 2010

Memo kamsis bagi pelajar lama dan lepasan LI

Kepada semua pelajar PTSS lama dan lepasan LI yang ditawarkan penginapan di Kamsis PTSS pada sesi Jun 2010, anda hanya dibenarkan memasuki kamsis pada hari pendaftaran pelajar pada 24 Jun 2010 ( Khamis ) sahaja. Bagi pelajar yang datang awal, anda tidak dibenarkan menginap di bilik masing-masing sehinggalah mendaftar asrama. Sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan sahaja boleh menghubungi pihak asrama di talian 04-9886356.


Sekian, terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Saturday, May 29, 2010

Memo permohonan menduduki asrama

Untuk makluman semua pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, tarikh penyerahan borang permohonan asrama bagi pelajar lama dan lepasan LI telah ditutup secara rasminya pada 29 Jun 2010 pukul 5 petang. Tarikh keputusan permohonan menduduki asrama bagi Sesi Jun 2010 akan diumumkan pada 14 Jun 2010 ( Isnin ) di blog Unit Kediaman Pelajar dan laman web PTSS.

Sekian, terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Wednesday, May 19, 2010

Arahan pengosongan bilik asrama

Kepada semua pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang tinggal di asrama, anda dikehendaki mengosongkan bilik asrama selewat-lewatnya pada 29 Mei 2010 ( Sabtu ) jam 5 petang. Arahan ini termasuklah kepada mana-mana pelajar yang terlibat dalam sebarang program semasa cuti semester. Semua pelajar perlu meninggalkan bilik asrama dalam keadaan bersih. Pihak Pengurusan Asrama akan membuat semakan pembersihan di semua bilik asrama untuk kemasukan peserta Karnival Sukan Politeknik pada hari berikutnya. Sebarang simpanan barang peribadi adalah tanggungjawab sendiri. Pihak Pengurusan Asrama PTSS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut. Sebarang kesulitan yang timbul, sila berhubung dengan penyelia asrama pada waktu pejabat sahaja.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.


Arahan
Pengetua Asrama

Thursday, May 13, 2010

Memo permohonan asrama

Perhatian kepada semua pelajar PTSS yang berminat menduduki asrama pada Sesi Jun 2010, anda dikehendaki memuat turun borang permohonan menduduki kamsis dan borang pendaftaran masuk dan keluar ( lampiran 4 ) di dalam laman web PTSS. Semua pelajar boleh memilih bilik masing-masing tetapi bergantung kepada keputusan daripada pihak warden. Penerimaan kemasukan para pelajar adalah bergantung kepada budi bicara pihak warden.

Bagi pelajar asrama, sila serahkan borang tersebut bersama kad aktiviti semasa check out manakala bagi pelajar lepasan LI anda dikehendaki menghantar borang tersebut melalui pos atau fax. Tarikh akhir check out bagi pelajar asrama dan tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mei 2010 ( Jumaat ).
Penempatan asrama adalah seperti berikut :


Pelajar Lelaki
Aras 3 hingga 5 blok A2, A3, A4 dan A5.


Pelajar Perempuan
Aras 2 bagi blok B4 dan B5.
Aras 3 hingga 5 blok B1, B2,B3,B4, B5 dan B6


Sekian terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Tuesday, May 11, 2010

RUMAH UNTUK DISEWA

1) RUMAH TERES DI TAMAN PAUH INDAH FASA2

Berkeluasan 45x65
3 bilik 2 bilik air
15km ke kangar ,5 km ke Arau
2km ke politeknik pauh dan 3 km ke unimap pauh perlis
Sewa RM600

Kelengkapan yg ada:
-peti ais
-dapur dan gas
-katil queen saiz
-katil king saiz dan tilam baru
-katil bujang dan tilam
-kipas di setiap bilik tidur
-kipas siling di ruang tamu,dapur dan bilik tidur utama
-meja makan bujang 1
-rumah siap dipasang grill dan lampu downlight(dapur,ruang tamu dan bilik tidur utama)

SELESA UNTUK 6 ORANG
pelajar di alu-alukan utk menyewa
harga sewa boleh dirunding

berminat call saya utk tgok rumah = ijan



2) TAMAN SERI MANIS. KANGAR, PERLIS
Lokasi rumah berdekatan hospital kangar
3 bilik tidur
(setiap bilik ada katil set hotel kipas dan almari pakaian )

mesin basuh,peti sejuk dapur memasak,sofa dan meja makan(meja jepun) dan tv disediakan.

Sewa RM750

Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
fadli: