Wednesday, May 19, 2010

Arahan pengosongan bilik asrama

Kepada semua pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang tinggal di asrama, anda dikehendaki mengosongkan bilik asrama selewat-lewatnya pada 29 Mei 2010 ( Sabtu ) jam 5 petang. Arahan ini termasuklah kepada mana-mana pelajar yang terlibat dalam sebarang program semasa cuti semester. Semua pelajar perlu meninggalkan bilik asrama dalam keadaan bersih. Pihak Pengurusan Asrama akan membuat semakan pembersihan di semua bilik asrama untuk kemasukan peserta Karnival Sukan Politeknik pada hari berikutnya. Sebarang simpanan barang peribadi adalah tanggungjawab sendiri. Pihak Pengurusan Asrama PTSS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut. Sebarang kesulitan yang timbul, sila berhubung dengan penyelia asrama pada waktu pejabat sahaja.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.


Arahan
Pengetua Asrama