Monday, May 31, 2010

Memo kamsis bagi pelajar lama dan lepasan LI

Kepada semua pelajar PTSS lama dan lepasan LI yang ditawarkan penginapan di Kamsis PTSS pada sesi Jun 2010, anda hanya dibenarkan memasuki kamsis pada hari pendaftaran pelajar pada 24 Jun 2010 ( Khamis ) sahaja. Bagi pelajar yang datang awal, anda tidak dibenarkan menginap di bilik masing-masing sehinggalah mendaftar asrama. Sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan sahaja boleh menghubungi pihak asrama di talian 04-9886356.


Sekian, terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS