Thursday, May 13, 2010

Memo permohonan asrama

Perhatian kepada semua pelajar PTSS yang berminat menduduki asrama pada Sesi Jun 2010, anda dikehendaki memuat turun borang permohonan menduduki kamsis dan borang pendaftaran masuk dan keluar ( lampiran 4 ) di dalam laman web PTSS. Semua pelajar boleh memilih bilik masing-masing tetapi bergantung kepada keputusan daripada pihak warden. Penerimaan kemasukan para pelajar adalah bergantung kepada budi bicara pihak warden.

Bagi pelajar asrama, sila serahkan borang tersebut bersama kad aktiviti semasa check out manakala bagi pelajar lepasan LI anda dikehendaki menghantar borang tersebut melalui pos atau fax. Tarikh akhir check out bagi pelajar asrama dan tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mei 2010 ( Jumaat ).
Penempatan asrama adalah seperti berikut :


Pelajar Lelaki
Aras 3 hingga 5 blok A2, A3, A4 dan A5.


Pelajar Perempuan
Aras 2 bagi blok B4 dan B5.
Aras 3 hingga 5 blok B1, B2,B3,B4, B5 dan B6


Sekian terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS