Wednesday, June 23, 2010

Rayuan Asrama

Dukacita dimaklumkan bahawa rayuan asrama bagi pelajar yang tidak ditawarkan penginapan di asrama bagi sesi Jun 2010 telah ditutup pada 18 Jun 2010 jam 3.00petang. Rayuan kali ke 2 para pelajar tidak lagi diterima selepas keputusan menduduki kamsis dikeluarkan.Hal ini kerana tiada lagi kekosongan bilik untuk ditawarkan kepada pelajar.Harap Maklum...

Admin
Facebook Unit Kediaman Pelajar

Monday, June 21, 2010

Maklumat Pendaftaran Asrama Sesi Jun 2010

Pelajar Lama dan Lepasan LI yang ditawarkan kamsis

Tarikh : 24 Jun 2010
Masa : 8.30 – 12.00 tgh
Tempat : Kafeteria Kamsis


Pelajar Rayuan

Tarikh : 24 Jun 2010
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Kafeteria Kamsis



YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Saturday, June 19, 2010

Makluman kepada pelajar PTSS yang ditawarkan asrama

Kepada semua pelajar PTSS lama dan lepasan LI yang ditawarkan asrama, anda dikehendaki mengemukakan salinan "fotostat" slip bayaran asrama semasa proses pendaftaran. Pelajar yang gagal berbuat demikian, tidak akan diterima masuk asrama sehingga bukti pembayaran dikemukakan. Harap maklum.



YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Tuesday, June 15, 2010

Info Permohonan Asrama

** Info Umum : Isu Asrama : Pengurusan Asrama telah dimasukkan sebagai salah satu item dalam Audit ISO dan secara tidak langsung, semua dokumen ISO perlu dikuatkuasakan. Oleh itu, sebarang dokumen atau borang yang tidak lengkap akan mempengaruhi keputusan sesuatu urusan (termasuk permohonan asrama). Segala borang atau dokumen ISO yang berkaitan pengurusan asrama akan disemak oleh pihak Audit. Harap maklum.


Admin
Unit Kediaman Pelajar

Monday, June 14, 2010

Keputusan Menduduki Asrama Sesi Jun 2010

Untuk makluman semua pelajar PTSS yang memohon penginapan di asrama bagi sesi Jun 2010, anda boleh memuat turun keputusan menduduki asrama mulai sekarang. Bagi pelajar yang tidak tersenarai, anda boleh membuat rayuan dan tarikh tutup rayuan pada 18 Jun 2010 (Jumaat) jam 3 petang. Kriteria pemilihan menduduki asrama adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk bersih daripada kesalahan disiplin. Keputusan rayuan akan dipaparkan di laman web rasmi Unit Kediaman Pelajar pada 23 Jun 2010 (Rabu).
Sekian, terima kasih.


* Senarai nama penghuni Blok B6 telah dipaparkan.
* Kepada semua pelajar PTSS yang menghantar borang permohonan asrama termasuk lepasan LI, sila semak nama anda di setiap blok sebelum menghantar permohonan rayuan.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS