Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Jadilah Ramadhan sebagai Universiti yang mengajar kuliah-kuliah Ibadah, tutorial Iman, tugasan Taqwa dan amali Agama. harap kita semua memperolehi Ijazah keredhaanNya. Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan insan tercinta yang mengajar erti kesabaran dan mendidik jiwa. Penyingkap hijab antara ILahi dengan hamba. Menginsafkan diri setiap manusia. Arrahman, ArrahimNya ALLAH yang Esa. Tingkatkan ibadah suburkan taqwa. semoga ini bukan Ramadhan terakhir bagi kita...Insy'Allah. Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan dan solat sunat terawih dengan penuh ketaqwaan kepada semua warga PTSS...Sentiasalah mengukir senyuman yang manis di bulan yang mulia ini.Banyakkanlah berzikir dan bersedekah...


Admin
Unit Kediaman Pelajar