Wednesday, September 29, 2010

Makluman kepada pelajar PTSS yang ditawarkan asrama

Perhatian kepada pelajar lama ( Sesi Jun 2010 ) yang akan ditawarkan asrama bagi sesi Disember 2010, anda dikehendaki menyerahkan salinan "fotostat" slip bayaran asrama dan membayar deposit kunci secara tunai RM60 semasa proses pendaftaran. Sila bawa bersama 3 keping gambar berukuran “pasport “ untuk urusan Unit Kediaman Pelajar PTSS. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anda tidak akan diterima masuk asrama. Harap maklum.
Sekian terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Permohonan Menduduki Asrama Sesi Disember 2010 bagi pelajar Latihan Industri

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Latihan Industri ( LI) PTSS Sesi Jun 2010 yang akan mendaftar pengajian bagi Sesi DIS 2010, anda semua ditawarkan asrama secara automatik kecuali pelajar-pelajar yang disenaraikan (keputusan asrama pelajar LI) di ruangan muat turun. Pelajar yang namanya tersenarai sila rujuk dengan Ketua Warden (En Nazri Bin Rejab) atau Pen. Ketua Warden (En Johanis Bin Mohd Jamil). Anda dikehendaki menyerahkan salinan slip bayaran yuran asrama dan membayar deposit kunci secara tunai RM60 semasa proses pendaftaran. Sila bawa bersama 3 keping gambar berukuran “pasport “ untuk urusan Unit Kediaman Pelajar PTSS. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anda tidak akan diterima masuk asrama. Harap maklum.



Sekian terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Thursday, September 23, 2010

Permohonan Menduduki Asrama Sesi Disember 2010

Perhatian kepada semua pelajar PTSS Sesi Jun 2010 (tidak termasuk LI) yang berminat menduduki asrama pada Sesi Dis 2010, anda bolehlah memuat turun borang permohonan menduduki kamsis di blog Unit Kediaman Pelajar atau laman web PTSS mulai 23 September 2010. Semua permohonan hendaklah diserahkan di Pejabat Warden selewatnya pada 22 Oktober 2010 sebelum pukul 11 malam. Permohonan yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan diproses. Penerimaan kemasukan para pelajar adalah bergantung kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak warden. Keputusan permohonan asrama akan diumumkan pada 3 November 2010 ( Rabu ) di blog Unit Kediaman Pelajar dan laman web PTSS.


Sekian terima kasih.


YASIR BIN OTHMAN
Pengetua Asrama PTSS

Wednesday, September 22, 2010

Info Semasa

SEMINAR KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
Tarikh : 23 September 2010
Masa : 8pagi - 4 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama
Anjuran:Diploma Pengurusan Hotel & Katering semester 6


FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT ZON UTARA POLITEKNIK-POLITEKNIK KPTM
Tarikh : 24 & 25 September 2010
Tempat : PTSS
Pertandingan : Dikir Barat, Nasyid, Azan, Pidato dan Sajak


EXPLORASI 3R
" Reuse Reduce Recycle "

Tarikh : 25 September 2010
Masa : 8pagi - 5petang
Tempat : Pusat Khidmat Sosial Setempat, Pauh
Dirasmikan oleh YM Dato Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

Assalamualaikum. Lebaran Idul Fitri 1431H sudah hampir menjelma tiba.. Bulan puasa yang dijalani oleh ummat Islam hampir genap 30 hari. Insy’Allah esok kita akan menyambut hari kemenangan, hari yang fitri; di mana setiap muslim seolah dilahirkan kembali ke dunia ini dalam wujudnya yang suci dan bersih dari dosa. Itulah hikmah bulan suci Ramadhan, mengembalikan kefitrahan umat manusia. Jangan kita cemarkan hari kemenangan ini dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.

Jika perjuangan panjang melawan hawa nafsu selama bulan suci Ramadhan berhasil dilalui oleh seorang muslim, maka ganjarannya adalah kembali fitri; suci lahir dan batin. Hari kemenangan 1 Syawal merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat manusia, bukan saja oleh umat Islam. Hari dimana setiap Muslim diharapkan dapat saling bermaafan, melepaskan segala dendam dan dosa, agar kembali fitri. Mari saling memaafkan, baik secara langsung bertemu fisik, walaupun hanya sepotong pesanan SMS. Aidilfitri ini juga menuntut kita sebagai seorang muslim yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah bagi membersihkan diri kita, sekaligus dapat menolong saudara seagama kita yang kurang berkemampuan agar dapat bersa-sama menyambut aidilfitri ini.

Di kesempatan ini, kami warga kerja Unit Kediaman Pelajar PTSS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431 Hijrah kepada semua warga PTSS. Kesempatan ini juga kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin seandainya ada kesilapan dan kekurangan dari pihak kami. Berhati-hatilah sepanjang musim perayaan ini. Ingatlah orang yang tersayang dalam perjalanan dan jangan biarkan kepulangan anda ditangisi oleh mereka.

Ikhlas dari
Unit Kediaman Pelajar
PTSS