Friday, April 22, 2011

DEPOSIT KUNCI

MULAI SESI JULAI 2011, SEMUA PENGHUNI KAMSIS PERLU MENYEDIAKAN WANG SEBANYAK RM50.00 SEBAGAI DEPOSIT KUNCI.


Bayaran Deposit ini perlu dibuat secara Bank-In di Bank Islam (M) Berhad (BIMB) atas nama :

Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Berhad. No. Akaun 09010010043155.

(Bayaran bagi Khas Jabatan & *Deposit Kunci perlu dibuat berasingan)


*Bagi pelajar yang menghuni kamsis sahaja.

MAKLUMAT BAYARAN PELAJAR LAMA SESI JULAI 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa maklumat bayaran pelajar lama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi Sesi Julai 2011 ialah seperti berikut :-

http://www.ptss.edu.my/v5/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=86&Itemid=82

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat kamsis di talian 04-988 6355/6356.

Thursday, April 21, 2011

TAWARAN ASRAMA PELAJAR SESI JUN 2011 BAGI PELAJAR LEPASAN LI

Unit Kediaman Pelajar (KAMSIS) PTSS mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Lepasan Latihan Industri sesi Disember 2010 yang telah berjaya ditawarkan untuk menduduki asrama bagi Sesi pengajian Julai 2011.


Besarlah harapan kami agar warga pelajar Lepasan Latihan Industri sesi Disember 2010 yang ditawarkan kamsis agar dapat mengikuti segala peraturan KAMSIS PTSS.


Bagi pelajar Lepasan Latihan Industri yang tidak ditawarkan asrama, anda bolehlah mencari rumah sewa atau mengikuti maklumat rumah sewa dari masa semasa di laman web PTSS.


** Untuk mendapatkan maklumat pelajar yang berjaya mendapat tawaran asrama, sila klik pautan ini.


http://www.ptss.edu.my/v5/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=83&Itemid=82&limitstart=5


Sekian, harap maklum.


Terima Kasih


Pengetua Asrama



Wednesday, April 20, 2011

TARIKH MELAPOR DIRI DAN MAKLUMAT BAYARAN PELAJAR LAMA POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI JULAI 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tarikh melapor diri pelajar lama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi Sesi Julai 2011 ialah seperti berikut :-

http://www.ptss.edu.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=215:tarikh-melapor-diri-dan-maklumat-bayaran-pelajar-lama-politeknik-tuanku-syed-sirajuddin-sesi-julai-2011&catid=34:demo-category.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat kamsis di talian 04-988 6355/6356.

Monday, April 18, 2011

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SEMESTER PENDEK

SALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :

PIHAK UNIT KEDIAMAN KAMSIS PTSS MEMOHON JASA BAIK WARGA KAMSIS YANG AKAN MENJALANI SESI PEMBELAJARAN SEMESTER PENDEK AGAR MENDAFTAR PENEMPATAN ASRAMA SEBELUM PULANG KE KAMPUNG PADA MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 18 APRIL - 30 APRIL 2011
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : KAUNTER PEJABAT UNIT KEDIAMAN KAMSIS



UNTUK MAKLUMAN, PROSES PENDAFTARAN ASRAMA DAN PENGAMBILAN KUNCI UNTUK PELAJAR SEMESTER PENDEK AKAN DI BUKA PADA MAKLUMAN SEPERTI BERIKUT :


TARIKH : 5 DAN 6 MEI 2011
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : KAUNTER PEJABAT UNIT KEDIAMAN KAMSIS



SEGALA PERATURAN BERKAITAN KAMSIS UNTUK PELAJAR SEMESTER PENDEK ADALAH BERKUATKUASA SEBAGAIMANA TERMAKTUB DI DALAM BUKU PERATURAN KAMSIS PTSS.


SEKIAN, HARAP MAKLUM.


PENGETUA KAMSIS PTSS

JEMPUTAN GRADUAN DAN PANDUAN & PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 5 TAHUN 2011

http://www.ptss.edu.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=219:jemputan-graduan-dan-panduan-a-peraturan-majlis-konvokesyen-kali-ke-5-tahun-2011