Monday, June 20, 2011

Selamat datang kepada semua pelajar baru Sesi Julai 2011

Alhamdulillah bersyukur kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah-Nya dapat kita bertemu di medan perjuangan yang kita cintai ini. Kami bagi pihak Unit Kediaman Pelajar PTSS mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baru Sesi Julai 2011

Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para pelajar baru yang terpilih melanjutkan pelajaran di PTSS sekaligus menjadi warga Kamsis PTSS. Selamat Datang kepada siswa/siswi yang baru mendaftar di PTSS ini. Gunakanlah peluang ini untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk keperibadian diri dalam menempuh cabaran akan datang. Saya berharap kedatangan saudara/saudari di PTSS ini dapat membentuk sejarah baru dalam diri saudara/ saudari untuk mengharumkan nama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang sedang meningkat naik ini.

Kita sebagai pelajar seharusnya meletakkan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan lagi usaha ke arah kecemerlangan untuk memacu hala tuju sebagai pembina masyarakat di masa akan datang. Tingkatkanlah usaha serta tumpukanlah kepada tanggungjawab kita kepada tugas yang sebenar sebagai seorang pelajar demi mencapai kecermelangan pada masa depan. Semoga cita-cita yang diimpikan selama ini akan terlaksana. InsyaAllah…

Akhir kata, jagalah diri anda sebagai seorang manusia yang berakhlak dan beretika agar modal insan yang diingin di capai bukan sahaja cemerlang dari sudut akademiknya malahan cemerlang dari aspek akhlak dan moralnya. Sekian, terima kasih


‘‘ MAHASISIWA ADALAH PEWARIS KERAJAAN ”


Admin
Unit Kediaman Pelajar